Anda tidak boleh berhenti memberi perhatian selepas kemasukan orang kesayangan anda. Anda berharap dan berdoa rumah kejururawatan yang dipilih adalah yang baik. Namun, beberapa minggu pertama pasti sukar. Melalui tempoh ini tanpa trauma tidak menjamin bahawa bulan-bulan dan tahun-tahun yang akan datang akan lancar. Anda perlu memastikan semua kuasa pemerhatian dan diplomasi anda utuh untuk mengawasi penjagaan warga emas kesayangan anda dan pastikan ia kekal dangan kemahiran dan penuh belas ihsan. Berikut adalah nasihat daripada pakar:

Menjangkakan tempoh pelarasan

Memasukkan orang yang anda sayangi ke rumah orang tua boleh menjadi sesuatu yang tegang dan menyakitkan. Tidak dapat dielakkan bahawa ahli keluarga, serta penduduk yang baru masuk, akan mengalami beberapa kesukaran dalam peralihan. Sekiranya selepas bulan pertama atau lebih orang yang anda sayangi masih nampak benar-benar sengsara, anda harus bertanya kepada diri sendiri: ‘Adakah saya perlu mencari kemudahan lain?’. Semasa beberapa minggu pertama, perhatikan jika ada perubahan dramatik dalam kesihatan atau penampilan warga emas kesayangan anda. Walaupun penyakit dan kemalangan adalah biasa di rumah penjagaan, seseorang yang agak aktif tidak boleh mengalami penurunan yang pesat. Perubahan yang besar mungkin disebabkan oleh penjagaan atau pengabaian atau penderaan. Adakah ibu anda kehilangan berat badan? Dia mungkin mempunyai keadaan perubatan yang tidak dapat ditentukan, atau dia mungkin tidak mendapat cukup kalori. Kekurangan zat makanan adalah kebimbangan yang ketara di rumah penjagaan. Gegaran boleh menghalang keupayaan warga emas untuk menyuap makanan sendiri dan ubat-ubatan boleh menyebabkan kehilangan selera makan atau lebih teruk. Pastikan tanda-tanda penting sentiasa dipantau secara konsisten dan tepat.

Jadilah tegas tetapi jangan bertekak

Akibat rasa bersalah kerana memasukkan ahli keluarga ke rumah penjagaan atau rasa tidak berdaya untuk berbuat apa apa kerana kemerosotan kesihatan warga emas kesayangan, sesetengah keluarga menunjukkan emosi mereka pada jururawat - orang yang bertanggungjawab terhadap penjagaan warga emas. Meledak pada kakitangan, menjerit dan membuat ancaman untuk menyaman tidak berkesan dalam jangka panjang. Penjagaan bagi orang yang anda sayangi tidak akan menjadi lebih baik kerana perangai sedemikian. Matlamat anda adalah untuk penjaga-penjaga ini menyokong anda-terutamanya apabila anda tidak berada di sampingnya.

Ambil hati kakitangan

Kenal pasti penjaga utama orang kesayangan anda dan bertanya bagaimana anda boleh meringankan beban mereka. Tanya tentang masalah khusus yang mereka hadapi. Ini akan mencerminkan rasa hormat anda kepada orang-orang yang bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan harian asas dan intim bagi mereka yang tidak dapat mengurus mereka sendiri. Libatkan diri sendiri jika anda boleh. Ringankan beban pembantu dengan datang pada waktu makan untuk membantu orang kesayangan anda makan atau membawa mereka berjalan di luar. Anda juga boleh berhubung dengan kakitangan dengan berbual-bual tentang sifat keperibadian, minat khusus, atau maklumat perubatan.

Berhati-hati dengan perubahan dalam rumah penjagaan.

Perubahan, tidak semestinya positif, boleh terjadi secara tidak dijangka. Apabila pengurusan rumah kejururawatan berubah, sering terdapat perubahan besar dan penting. Pantau perubahan hak milik kerana selalunya ini menyebabkan perubahan terbesar dalam kualiti penjagaan.