Banyak rumah kejururawatan menggunakan sistem pen dan kertas untuk menguruskan maklumat penduduk. Ini boleh berisiko dan berbahaya. Antara sebabnya adalah:

Sistem log yang tepat

Rumah penjagaan yang menggunakan buku log membolehkan jururawat mengesahkan sesuatu tugasan mereka dengan sewenang-wenangnya kerana tiada system log automatic. Ini boleh menyebabkan kualiti penjagaan merosot akibat pembohongan dalam melakukan perkara-perkara yang penting, dan tidak ada cara untuk mengesan jika perkara ini berlaku.

Terlepas Pandang

Umumnya, sistem berasaskan komputer mempunyai peringatan dan papan status yang dibina di dalamnya. Rumah penjagaan menjaga ramai penduduk, oleh itu menjadi lumrah jika jururawat terlepas pandang atau melupakan ubat-ubatan untuk diberi atau untuk mengambil tanda-tanda penting. Sistem berasaskan komputer yang bagus boleh membantu jururawat menjalankan tugas secara cekap dan berkesan.

Penjejakan Invois

Kadang-kadang, mengesan bayaran yang telah dibuat ke rumah penjagaan agak sukar, terutamanya apabila caj berubah. Banyak sistem perisian rumah penjagaan mempunyai keupayaan invois yang sedia ada supaya anda boleh mendapatkan salinan elektronik semua invois anda.

Pengesanan tanda-tanda penting

Sesetengah rumah penjagaan mempunyai sistem berasaskan web yang boleh di log masuk dan memantau tanda-tanda penting orang yang anda sayangi. Anda boleh memastikan pihak penjaga merekodkan tanda-tanda penting secara tetap, dan anda boleh memantau dari mana jua anda berada.

Keselamatan

Keselamatan sistem pen dan kertas tidak terjamin kerana jika fail dibiarkan di atas meja, sesiapa sahaja boleh melihat maklumat peribadi mengenai penduduk rumah jagaan. Sistem berasaskan komputer biasanya mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti kata laluan supaya hanya kakitangan tertentu dapat melihat maklumat yang penting.