Kadang-kadang sukar untuk mencari waktu untuk menjaga orang tua anda, terutamanyajika anda bersendirian. Tetapi menjaga kesihatan diri sendiri adalah penting supaya anda boleh memberi sokongan yang diperlukan oleh orang kesayangan anda.

Sekiranya anda menjaga orang tua di rumah, menghantar mereka ke pusat jagaan buat sementara waktu supaya anda boleh berehat buat seketika. Menjaga kesihatan mental sendiri juga penting, dan mencari kumpulan sokongan amat berfaedah untuk membantu anda menempuhi masa-masa yang sukar.

Sekiranya orang kesayangan anda menunjukkan satu atau lebih daripada tanda-tanda ini, menghantar mereka ke pusat jagaan yang sesuai mungkin aalah pilihan yang terbaik.

Keganasan

Keganasan sering dilihat pada mereka yang mengalami dementia, dan boleh menyebabkan penjaga utama atau ahli keluarga lain menderita atau berasa marah.

Tekanan kepada penjaga

Penjaga utama boleh mengalami gejala ‘caregiver stress’ akibat tingkah laku orang kesayangan mereka yang mengalami dementia. Sekiranya anda berasa terpencil dan bersendirian, atau mulai berasa marah terhadap tanggungan anda, anda patut meneliti sumber perasaan itu.

Keperluan Penjagaan Yang Meningkat

Tanya diri sendiri: “Adakah penjagaan ini melampaui keupayaan fizikal saya?” Atau “Adakah kesihatan tanggungan saya yang mengalami dementia, atau kesihatan saya sebagai pengasuh berisiko?” Jika anda menjawab ya kepada soalan-soalan itu, anda patut berbincang dengan keluarga anda sebelum mengambil keputusan.

Keselamatan Rumah

Pertimbangkan kesihatan warga emas di rumah anda, dan kebolehan anda sendiri untuk menjaga mereka. Adakah tanggungan anda yang mengalami dementia berada dalam keadaan yang selamat di rumah mereka sekarang?

‘Sundowning’

Gejala ‘Sundowners’ adalah tingkah laku sangat gelisah yang menjadi ketara menjelang senja – satu ciri umum penghidap Alzheimer. Ini boleh menjadi satu beban yang berat kepada penjaga, dan apabila ia mulai mengganggu rutin seharian keluarga, ini menjadi tanda bahawa menjadi penjaga adalah satu tanggungjawab yang terlalu berat.

‘Wandering’

Gejala ‘wandering’ yang ketara pada peringkat akhir dementia menimbulkan risiko yang lebih besar. ,. Kebarangkalian terjatuh dan kecederaan meningkat.